warna-warni kehidupan

warna-warni kehidupan

Saturday, 29 December 2012

Jagalah hatimu...

TANDA-TANDA HATI YANG MATI :

1.Berani meninggalkan solat.

2.Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar.

3.Tidak tersentuh hatinya bahkan menjauhi Ayat-ayat Alqur'an.

4.Terus menerus maksiat.

5.Sibuknya mengumpat dan buruk sangka.

6.Sangat benci mendengar nasihat yang baik dan benci pada ulama'.

7.Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian,kuburan dan Akhirat.

8.Senang melihat orang susah dan menderita.




Amalkan selalu...

TIPS IMAM SYAFIE... 4 PERKARA UNTUK SIHAT:

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
 3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan,
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.

Tuesday, 25 December 2012

Siri Jelajah Pantai Timur

Cuti-cuti Malaysia...

Best sangat sekali-sekala dapat berjalan-jalan sempena cuti sekolah sekarang ni. Ank2 pun dah besar jadi perjalanan pun jadi lebih lancar sebab tak perlu beberapa kali berhenti membancuh susu. Dari  Temerloh, kami ke Kuantan (kg. Pelindung Pantai Beserah) dan seterusnya bermalam di Pekan dan keesokkannya barulah meneruskan perjalanan ke Terengganu. Bermalam semalaman di Seri Indah Resort, Batu Buruk, K.Terengganu dan keesokkannya setelah meronda pasar Payang dan Taman Tamadun Islam  kami meneruskan perjalanan ke Kelantan menuju ke Bachok sbb resort yang ditempah untuk menginap terletak di sana iaitu Sudara Beach Resort yang terletak di kampung Telong, Tok Bali.

Sampai di Kelantan hari sudah agak petang dan cuaca kurang baik kerana hujan, maklumlah sekarang dah tiba musim tengkujuh. Namun hujan bukanlah penghalang untuk anak-anakku mandi kolam di Sudara Beach Resort ni. Keesokkannya setelah melepaskan lelah kami meronda pula Pasar Besar Siti Khadijah dan Sekitarnya. Setelah itu meneruskan perjalanan ke grik, Perak untuk pulang ke rumah mertua di Sitiawan. Sebelum tu sempat lagi singgah di Tanah Merah membeli keropok lekor dan singgah pulak lagi Di Bukit Bunga, Jeli membeli dan membelah lagi..hehehe

Inilah beberapa gambar kenangan sekitar perjalanan kami menjelajah Pantai Timur.. hehehe

                              Tiga beradik di Kampung Pelindung Pantai Beserah, Kuantan

                                       Ummi dan kakak di Beserah, Kuantan.

                                          Kenangan di Masjid Terapung, Kuala Terenganu

Menikmati keropok, udang dan sotong celup tepung di Seberang Takir.

Menikmati mee chalung di Beserah Kuantan. (cuma terkilan rasanya dah berubah)


Kenangan di Sudara Beach Resort, Tok Bali

Di Pasar Besar Siti Khadijah


Di Taman Tamadun Islam K.Terengganu

                                           Main belon di tepi k0lam..

Di Pasar Besar Siti Khadijah

Monday, 17 December 2012

Semudah A,B,C.....1,2,3

                                         Nasi Ayam Simple


Cuti2 ni teringin la pulak nak memasak...Walaupun tak seperti orang lain yang memang minat dan mempunyai hobi memasak, jd aku hanya berani memasak yang simple2 je, mcm nasi ayam ni....Yang penting anak2 aku gembira dan berselera makan. Sama mcm kita lah apa saja yang mak kita masak sentiasa sedap,begitu jugalah dengan anak2 kita walaupun masakan kita ada kalanya masih di tahap percubaan lagi..hehe

Apapun selamat memasak kepada ibu2 di luar sana...

Sunday, 16 December 2012

Mari kita cuba lakukan...;-)

Lakukan sblm terlambat...
【ツ】 DELETE semua FILE kebencian & amarah
【ツ】 INSTALL anti-virus ego & putus asa
【ツ】 RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang
【ツ】 REFRESH peribadi kita yg... mulia
【ツ】 DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWA
【ツ】 UPLOAD tingkahlaku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS
【ツ】 Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih
【ツ】 LOADING semua dgn DOA & USAHA
【ツ】 COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu2 yg bermanfa'at

Sesungguhnya...

Sesunguhnya ALLAH MAHA PEMURAH & MAHA PENYAYANG kpd hambaNya.....

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
2. Malaikat Kedua akan mengambil ...REZEKINYA.
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/
KETAMPANAN WAJAH (pucat).
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

SubhanAllah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.

Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

NaK DeNgAr CeRiTa TaK?

PISANG DAN HATI


Sarina, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Sarina. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.. Ada yang menangis dan tidak mahu meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Sarina sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Sarina. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk..

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Sarina.

Sarina mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.


Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati kita... Oleh itu jagalah hati kita.

Monday, 10 December 2012

Peringatan!

Antara sebab  rezeki susah masuk...

 

1. Gemar mengungkit pemberian.

2.Asyik mencanang perihal duit yang tak cukup untuk urusan itu ini.

3.Berkira untuk bersedah walaupun seringgit.

4.Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik.

5.Riak bila bersedekah.

6.Tidak / kurang beristighfar.

7.Tidak bersyukur/ banyak mengeluh.


Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi juga berupa kebahagiaan,peluang kerja,peluang belajar, anak, jodoh,kemudahan urusan dan kehidupan dll.

Saturday, 8 December 2012

Ingatan untuk semua...

            10  perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit.


1. Masa

2.Kebahagiaan sendiri

3.Kebahagiaan  anak

4.Cinta

5.Persahabatan

6.Kesihatan

7.Kejayaan

8.Bakat

9.Sikap yang baik

10.Kedamaian


Betulkan 10 perkara ini tidak boleh dibeli dengan duit... Masa misalnya  jika boleh dibeli tentulah tiada ungkapan masa itu emas. Yang pasti masa yang sudah berlalu tak boleh diulang lagi,kalau boleh tentulah seronok kita boleh beli semula saat indah dalam hidup kita.

Kebahagiaan diri dan anak juga tak boleh dibeli....kalaulah boleh dibeli pasti kita sentiasa berusaha keras mencari wang ringgit untuk membeli bahagia. Siapa yang tak mahu bahagiakan? Apa yang boleh dibuat hanyalah berusaha yang terbaik dan berdoa agar kehidupan kita dan anak2 bahagia.

Cinta dan persahabatan pula andai boleh dibeli tentulah nilainya  murah dan tidak berharga. Semua orang sibuk membeli cinta dan persahabatan, andai tak suka boleh dibuang dan beli pula cinta yang lain. Cinta dan persahabatan memerlukan keikhlasan dan kejujuran.

Kalaulah  kesihatan boleh dibeli dengan duit tentulah semua orang kaya sihat dan tak berpenyakit. Bakat juga tidak boleh dibeli dengan duit kalau boleh dibeli agaknya makin ramai yang jadi penyanyi  dan malas balajar.

Kejayaan juga tak boleh dibeli, semuanya memerlukan usaha dan kerja keras. Mungkin ada yang mampu membelinya tapi apalah erti kejayaan sebegitu. Hidup memerlukan kejujuran.

Sikap yang baik juga tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sikap yang baik lahir dari asuhan dan didikan  juga kesedaran individu itu sendiri.

Akhir sekali kedamaian, bolehkah kita membeli kedamaian?  Ketika kita resah gelisah perlukan kedamaian dan ketengan mampukah kita membelinya. Kalau boleh, berapakah harganya?


                              Gembirakan orang lain, insyaallah kita akan bahagia.

Buatlah yang baik dan yang baik akan datang kepada kita.


Friday, 7 December 2012

Pengalaman itu sungguh mendewasakan....

Sedar tak sedar dah setahun aku menimba ilmu di  IPG Raja Melewar. Pantas sungguh masa berlalu, suka duka bertukar ganti mewarnai kehidupan ku sebagai pelajar, ibu dan isteri. Sungguhpun ia agak terlewat untuk ditempuhi insan seusiaku, namun ia kuterima sebagai pemberian-Nya yang sungguh bernilai.  Menjadi guru adalah impian dan sebutanku sejak dibangku sekolah rendah lagi.  Mungkin kerana  kurang pendedahan tentang kerjaya lain atau itu mungkin satu doa untukku juga. Membesar sebagai anak kampung tiada pekerjaan lain yang terbaik yang kulihat sepanjang  membesar melainkan kerjaya sebagai guru. Aku juga masih ingat semua nama dan rupa guru  yang mengajar ku di sekolah rendah dulu   cikgu Siti, cikgu Sidah, cikgu Kamal, cikgu Mokhtar, cikgu Aminuddin, cikgu Mahesh,ustazah Habibah, ustaz Jamaluddin, cikgu Ibrahim,Ustazah Sajiah. Maklumlah sekolah kampung cikgu tak ramai murid pun tak ramai. Seingat aku  kelas aku ada 16 orang je muridnya.

          Itu cerita lebih 20 tahun lepas,kini kubersyukur sangat cit-citaku sebagai guru insyaallah akan termakbul. Walaupun pernah menjadi guru sandaran hampir empat tahun tapi rasanya menjadi guru yang terlatih adalah peluang yang sangat berharga. Berharga untuk masa depan aku dan anak2, berharga untuk mengembalikan maruah dan harga diriku, berharga untuk merealisasikan impian dan cita-cita2 kusejak kecil. Terima Kasih Allah.

Terpilih untuk mengikuti  kursus sebagai guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di IPG Kampus Raja Melewar sekali lagi mencabar  diriku.  Bukan sahaja rasanya tak sesuai dari segi umur tetapi juga dari segi fizikal. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Kuterima dengan redha. Bersyukur juga punya rakan-rakan seperjuangan yang sangat memahami dan sama senasib dengan ku dari  cabaran minggu Orientasi, keperitan semesta pertama, kesengsaran sem 2 menghadapi PL,kuiz, UAK, dan final exam, semuanya kita lalui bersama2. Kawan-kawan, pensyarah2 banyak membantu dan sangat memahami terutama Puan Suraya, Puan Azlina, Puan Raja, Puan Zairinah,En.Fairuz dll. Terima kasih atas bimbingan dan ilmu yang dicurahkan.


                                        Kenangan semasa minggu Orientasi.


                  
                      Ceria bersama-masih di minggu orientasi.                                       
                                               

Ada gaya cikgu PJ tak? hehe

 
Like purple...
                                        
                                         Pegawai sukan juga untuk penilaian.
                                     
Kenangan di astaka.

                                          Pentauliahan KRS  di Tioman

                        Penilaian Gimrama-Kenangan yang tak mungkin dilupa sampai bila2.

Wednesday, 5 December 2012

Semoga dipermudahkan...

Bacalah doa ini, semoga segala urusan kebaikan kita dipermudahkan-Nya.


Dan semoga segala yang kita usahakan memperoleh kejayaan.

Apa itu cinta?

Bagiku,

Cinta adalah kekuatan,
Ia ada kemampuan,
Mengubah duri menjadi mawar,
Mengubah cuka menjadi anggur,
Mengubah malang menjadi tuah,
Mengubah sedih menjadi riang,
Mengubah syaitan menjadi nabi,
Mengubah iblis menjadi malaikat,
Mengubah sakit menjadi sihat,
Mengubah kedekut menjadi dermawan,
Mengubah kandang menjadi taman,
Mengubah penjara menjadi istana,
Mengubah amarah menjadi ramah,
Mengubah musibah menjadi muhibah,
Itulah Cinta!

(Adaptasi dengan beberapa pengubahsuaian dari puisi Rumi dalam Masnawinya)

 Dipetik dari novel 'ketika cinta bertasbih 2'.


                                Mungkinkah burung ini sedang bercinta....



                              Inilah cinta....

Tuesday, 4 December 2012

Wanita itu istimewa...

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

-Kerana wanita itu unik.

Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa.
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah.
Aku berikan naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun.
Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walaupun dikhianati oleh teman,walaupun disakiti oleh 'orang' yang dia sayangi....

Tetapi jika satu saat dia menangis kerana Aku.  Aku berikannya airmata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.



Ku mohon ;-)

Sheila Majid (Mac Chew / Sheila Majid)
Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

( korus )
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

( ulang korus )

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku


 
Suka dan rasa bersemangat dengar lagu ni....terutama  bait2 ini,

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku


 Ya Allah cekalkan aku untuk menghadapi segala dugaan ini dan cabaran2 mendatang-Ku Mohon...

Sunday, 2 December 2012

Teman Terbaek ku...


Inilah teman terbaik ku...yang mengisi kesepian dan kekosongan di relung  hatiku... Buku adalah teman yang tidak menyakitkan hati.



Antara koleksi peribadiku

Novel ini ku pinjam di pusat sumber IPGRM
                     
Antara novel yang sangat best...

Buku n novel ini aku beli dengan baucer buku 1 Malaysia

                                Gurukah aku? Pinjam kt pusat sumber IPGRM

Buku 2 ini adalah sumber hiburan bagiku...sangatlah rugi bagi yang tak minat membaca. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yg menjadikan bumi dan alam semesta ini. Membaca  ni bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi juga dapat memberi pengalaman dan pengetahuan baru. Anda  ingin ke Mesir dan sekitarnya bacalah 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih 1&2'. Ingin ke Jordan bacalah 'Salju Sakinah'. Nak ke Itali, Milan dan sekitarnya bacalah 'Dari Milan Ke Maran'. Hehehe


Ubah selera with PaStA....

Biasanya sarapan kami, nasi lemak, roti canai, mee goreng, nasi goreng tak pun bihun dan lempeng. Tp hari ni ubah selera skit  makan pasta pulak....Jom try



Hehehe... nampak best jer....rasanya p0n sedap.

Saturday, 1 December 2012

Alhamdulillah Atas Segalanya | iluvislam.com discover the beauty of islam

Alhamdulillah Atas Segalanya | iluvislam.com discover the beauty of islam

Kenapa Doaku Tak Makbul? | iluvislam.com discover the beauty of islam

Kenapa Doaku Tak Makbul? | iluvislam.com discover the beauty of islam

Terkenang sewaktu dulu....

Sedar tak sedar dah  dah 10 tahun aku meninggalkan USM....Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menuntut ilmu dan pengalaman. Teringat kawan-kawan lama yang sehati sejiwa Mek Yam, Mek Ni, Chemah, Mas, Mus, Zai, Ayu, kak Ya, arwah kak Ita....Lamanya kita tak bersua muka, hanya bersua di laman muka buku sahaja. Di petang yang syahdu ini tiba2 aku teringatkan zaman muda2 kita dulu. hehe...Rindunya pada kemesraan dulu.

                                         -Kenangan di tangga School of Management-
                                                        (waktu itu hujan gerimis)


Sepantas masa berlalu sepantas itu lah kita berubah, dari solo kepada bersuami, dari berdua kita bertiga, berempat, berlima, dari kurus kita dan mengembang hehehe,dari remaja, kita dah pun dewasa. Apapun hope kita semua happy bersama keluarga dan kerjaya kita.



                                Kenangan semasa berfoya2 di bukit Bendera ;-) slp final exam


                                            Jamuan di PWTC

                                   Kenangan indah di Bukit Bendera, Penang  ;-)


Teringat satu bait puisi masa form 5 dulu-Lorong panjang berlingkar2, entah bila berjumpa lagi..

kEtAwA iTu sEr0n0k ;-D

Abu Darda' Radhiyallah'anhu berkata ' Sesungguhnya aku akan ketawa untuk membahagiakan hatiku'

Pernah juga kita  mendengar  ketawa itu penawar duka...

dalam  astro ceria pula kata ketawa itu seronok...

So, ketawalah andainya itu membahagiakan.

i l0ve my fAmilY

Tanpamu duniaku sepi,
Tanpamu hambarlah hidupku,
Tanpamu tak berertilah hidupku,
Tanpamu apalah ertinya bahagia,
Tanpamu sunyilah duniaku.
Aku mungkin merana tanpa hadirmu anak-anakku.


Kalian cahaya hidupku ;-))

p/s: biru itu indah....

Friday, 30 November 2012

cuti oh cuti

Dah lama sgt tak mencatat sesuatu dalam blog ku ini....bukan saja masa tak mengizinkan ,kadang2 malas yang menguasai diri. Merenung2 diri,byknya perkara sia2 yang aku lakukan....walaubagaimanapun aku teteap bersyukur dgn segala kurnia-nya. Aku masih sihat dan mampu menghirup udara dan merasa pelbagai nikmat dunia. Alhamdulillah.

Sedar tak sedar cuti sem dah pun hampir sebulan berlalu... Masa yang ada cuma kuhabiskan dengan menonton tv dan membaca novel. Setakat  ni aku dah menghabiskan 4 buah novel yang tak sempat ku habiskan di IPG. Dari Milan ke Maran adalah novel  paling menarik antara 4 buah novel yg kubaca, karya Norhayati Berahim ni memang best dan klass. Dl aku pun bercita-cita nak jadi penulis, mungkin tiada kekuatan dan tiada sokongan aku hanya mampu jadi kaki novel jer la hehe. Apapun aku berusaha juga menulis walaupun untuk diriku sendiri, iya dengan menulis blogs ini (aku dan diriku).

Aku sebenarnya sangat bersyukur dan bangga menjadi diriku. Jika diminta menukar diri menjadi orang lain yang hebat2 sekalipun,aku tidak mahu, aku hanya ingin menjadi diriku. Biar pun serba kekurangan, aku berjanji akan sentiasa membaiki diriku dari masa ke semasa. Contohnya aku berusaha dan tidak henti berdoa agar aku menjadi insan berjaya. Dulu dari seoarang guru ganti, aku berpeluang menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT)  dan kini alhamdulillah aku telah pun setahun mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI-SR) di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. Rasa macam tak percaya kadang2,tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Aku dari seorang yang tak punya apa2, dihina, dikutuk, dibanding2kan dengan mereka yang lebih bernasib baik, akhirnya kejayaan insyaallah bakal  kugapai. Dan menariknya, aku bukan sahaja mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru, pengalaman,kawan2 dan pensyarah2 yang baik dan memahami tetapi yang paling besarnya aku akan lebih berjaya dari dia yang sering menghina dan membandingkan aku pada suatu ketika dahulu. Dia yang membuat aku rendah diri, hilang keyakinan dan  kecewa dengan diriku sendiri. Tetapi insyaallah semuamya hampir berlalu aku kini bangkit dari penghinaan itu dan akan kubuktikan siapa aku yang sebenar (mengambil lirik lagu 'kosong' nyanyian Najwa Latif).



Apapun selamat bercuti  kepada diriku dan rakan-rakan seperjuangan di Ipg2 seluruh negara.


jalan2 makan2....


Tak tahu nak ke mana cuti2 ni... Rasanya tak de tempat yang menarik kat Temerloh  ni... So terpaksalah jalan2 cari makan @ Marrybrown. Yang penting anak2 happy.

Kadang2 rasa macam tak percaya je...anak2 ku semua dah besar, dah boleh uruskan diri sendiri. Sedihnya aku terpaksa tinggalkan sementara kerana aku harus menyudahkan pengajianku di IPGKRM untuk mendapatkan diploma pendidikan. Semoga kalian menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Tinggal satu sem je lagi, semoga kejayaan mengiringi perjuanganku. Walaupun agak terlewat tp 'betterr late than never' kan?



'Dosa semalam... menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya'

Ini bukan sekadar tajuk menyedap bahasa tetapi satu ungkapan kebenaran pada yang mengalami.Sukar sebenarnya untuk memaafkan. Lagi sukar untuk melupakan. Namun begitu harus diingat:

'Orang yang paling cepat dlm meminta maaf adalah orang yang BERANI, orang yang paling cepat    memaafkan adalah orang yang paling KUAT, dan orang yang paling cepat melupakan kesalahan orang lain adalah orang yang paling BAHAGIA.'

Suami adalah anugerah untuk seorang isteri...

Suami yang baik, adalah suami yang taat kepada ALLAH, bijaksana dan rela membimbing isteri. Rasa kasih dan sayang sentiasa ada dihati suami menjadikan isteri rasa dilindungi.

Suami yang baik pastinya seorang sentiasa sabar, bermulut manis dan selalu berbaik sangka dengan isterinya. Dipetik dari novel 'Sakitnya Sayang' karya Norhayati Berahim.

Saya rasa 90% dari lelaki yang ada di muka bumi sekarang ini sudah tidak layak menjadi suami apatah lagi pelindung, jauh sekali pembimbing.