warna-warni kehidupan

warna-warni kehidupan

Saturday, 8 December 2012

Ingatan untuk semua...

            10  perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit.


1. Masa

2.Kebahagiaan sendiri

3.Kebahagiaan  anak

4.Cinta

5.Persahabatan

6.Kesihatan

7.Kejayaan

8.Bakat

9.Sikap yang baik

10.Kedamaian


Betulkan 10 perkara ini tidak boleh dibeli dengan duit... Masa misalnya  jika boleh dibeli tentulah tiada ungkapan masa itu emas. Yang pasti masa yang sudah berlalu tak boleh diulang lagi,kalau boleh tentulah seronok kita boleh beli semula saat indah dalam hidup kita.

Kebahagiaan diri dan anak juga tak boleh dibeli....kalaulah boleh dibeli pasti kita sentiasa berusaha keras mencari wang ringgit untuk membeli bahagia. Siapa yang tak mahu bahagiakan? Apa yang boleh dibuat hanyalah berusaha yang terbaik dan berdoa agar kehidupan kita dan anak2 bahagia.

Cinta dan persahabatan pula andai boleh dibeli tentulah nilainya  murah dan tidak berharga. Semua orang sibuk membeli cinta dan persahabatan, andai tak suka boleh dibuang dan beli pula cinta yang lain. Cinta dan persahabatan memerlukan keikhlasan dan kejujuran.

Kalaulah  kesihatan boleh dibeli dengan duit tentulah semua orang kaya sihat dan tak berpenyakit. Bakat juga tidak boleh dibeli dengan duit kalau boleh dibeli agaknya makin ramai yang jadi penyanyi  dan malas balajar.

Kejayaan juga tak boleh dibeli, semuanya memerlukan usaha dan kerja keras. Mungkin ada yang mampu membelinya tapi apalah erti kejayaan sebegitu. Hidup memerlukan kejujuran.

Sikap yang baik juga tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sikap yang baik lahir dari asuhan dan didikan  juga kesedaran individu itu sendiri.

Akhir sekali kedamaian, bolehkah kita membeli kedamaian?  Ketika kita resah gelisah perlukan kedamaian dan ketengan mampukah kita membelinya. Kalau boleh, berapakah harganya?


                              Gembirakan orang lain, insyaallah kita akan bahagia.

Buatlah yang baik dan yang baik akan datang kepada kita.


No comments:

Post a Comment