Dah lama sgt tak mencatat sesuatu dalam blog ku ini....bukan saja masa tak mengizinkan ,kadang2 malas yang menguasai diri. Merenung2 diri,byknya perkara sia2 yang aku lakukan....walaubagaimanapun aku teteap bersyukur dgn segala kurnia-nya. Aku masih sihat dan mampu menghirup udara dan merasa pelbagai nikmat dunia. Alhamdulillah.
Sedar tak sedar cuti sem dah pun hampir sebulan berlalu... Masa yang ada cuma kuhabiskan dengan menonton tv dan membaca novel. Setakat ni aku dah menghabiskan 4 buah novel yang tak sempat ku habiskan di IPG. Dari Milan ke Maran adalah novel paling menarik antara 4 buah novel yg kubaca, karya Norhayati Berahim ni memang best dan klass. Dl aku pun bercita-cita nak jadi penulis, mungkin tiada kekuatan dan tiada sokongan aku hanya mampu jadi kaki novel jer la hehe. Apapun aku berusaha juga menulis walaupun untuk diriku sendiri, iya dengan menulis blogs ini (aku dan diriku).
Aku sebenarnya sangat bersyukur dan bangga menjadi diriku. Jika diminta menukar diri menjadi orang lain yang hebat2 sekalipun,aku tidak mahu, aku hanya ingin menjadi diriku. Biar pun serba kekurangan, aku berjanji akan sentiasa membaiki diriku dari masa ke semasa. Contohnya aku berusaha dan tidak henti berdoa agar aku menjadi insan berjaya. Dulu dari seoarang guru ganti, aku berpeluang menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan kini alhamdulillah aku telah pun setahun mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI-SR) di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. Rasa macam tak percaya kadang2,tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Aku dari seorang yang tak punya apa2, dihina, dikutuk, dibanding2kan dengan mereka yang lebih bernasib baik, akhirnya kejayaan insyaallah bakal kugapai. Dan menariknya, aku bukan sahaja mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru, pengalaman,kawan2 dan pensyarah2 yang baik dan memahami tetapi yang paling besarnya aku akan lebih berjaya dari dia yang sering menghina dan membandingkan aku pada suatu ketika dahulu. Dia yang membuat aku rendah diri, hilang keyakinan dan kecewa dengan diriku sendiri. Tetapi insyaallah semuamya hampir berlalu aku kini bangkit dari penghinaan itu dan akan kubuktikan siapa aku yang sebenar (mengambil lirik lagu 'kosong' nyanyian Najwa Latif).
Apapun selamat bercuti kepada diriku dan rakan-rakan seperjuangan di Ipg2 seluruh negara.

No comments:
Post a Comment