Best sangat sekali-sekala dapat berjalan-jalan sempena cuti sekolah sekarang ni. Ank2 pun dah besar jadi perjalanan pun jadi lebih lancar sebab tak perlu beberapa kali berhenti membancuh susu. Dari Temerloh, kami ke Kuantan (kg. Pelindung Pantai Beserah) dan seterusnya bermalam di Pekan dan keesokkannya barulah meneruskan perjalanan ke Terengganu. Bermalam semalaman di Seri Indah Resort, Batu Buruk, K.Terengganu dan keesokkannya setelah meronda pasar Payang dan Taman Tamadun Islam kami meneruskan perjalanan ke Kelantan menuju ke Bachok sbb resort yang ditempah untuk menginap terletak di sana iaitu Sudara Beach Resort yang terletak di kampung Telong, Tok Bali.
Sampai di Kelantan hari sudah agak petang dan cuaca kurang baik kerana hujan, maklumlah sekarang dah tiba musim tengkujuh. Namun hujan bukanlah penghalang untuk anak-anakku mandi kolam di Sudara Beach Resort ni. Keesokkannya setelah melepaskan lelah kami meronda pula Pasar Besar Siti Khadijah dan Sekitarnya. Setelah itu meneruskan perjalanan ke grik, Perak untuk pulang ke rumah mertua di Sitiawan. Sebelum tu sempat lagi singgah di Tanah Merah membeli keropok lekor dan singgah pulak lagi Di Bukit Bunga, Jeli membeli dan membelah lagi..hehehe
Inilah beberapa gambar kenangan sekitar perjalanan kami menjelajah Pantai Timur.. hehehe
Inilah beberapa gambar kenangan sekitar perjalanan kami menjelajah Pantai Timur.. hehehe
Tiga beradik di Kampung Pelindung Pantai Beserah, Kuantan
Ummi dan kakak di Beserah, Kuantan.
Kenangan di Masjid Terapung, Kuala Terenganu
Ummi dan kakak di Beserah, Kuantan.
Kenangan di Masjid Terapung, Kuala Terenganu
Menikmati keropok, udang dan sotong celup tepung di Seberang Takir.
Menikmati mee chalung di Beserah Kuantan. (cuma terkilan rasanya dah berubah)










No comments:
Post a Comment