Sedar tak sedar dah setahun aku menimba ilmu di IPG Raja Melewar. Pantas sungguh masa berlalu, suka duka bertukar ganti mewarnai kehidupan ku sebagai pelajar, ibu dan isteri. Sungguhpun ia agak terlewat untuk ditempuhi insan seusiaku, namun ia kuterima sebagai pemberian-Nya yang sungguh bernilai. Menjadi guru adalah impian dan sebutanku sejak dibangku sekolah rendah lagi. Mungkin kerana kurang pendedahan tentang kerjaya lain atau itu mungkin satu doa untukku juga. Membesar sebagai anak kampung tiada pekerjaan lain yang terbaik yang kulihat sepanjang membesar melainkan kerjaya sebagai guru. Aku juga masih ingat semua nama dan rupa guru yang mengajar ku di sekolah rendah dulu cikgu Siti, cikgu Sidah, cikgu Kamal, cikgu Mokhtar, cikgu Aminuddin, cikgu Mahesh,ustazah Habibah, ustaz Jamaluddin, cikgu Ibrahim,Ustazah Sajiah. Maklumlah sekolah kampung cikgu tak ramai murid pun tak ramai. Seingat aku kelas aku ada 16 orang je muridnya.
Itu cerita lebih 20 tahun lepas,kini kubersyukur sangat cit-citaku sebagai guru insyaallah akan termakbul. Walaupun pernah menjadi guru sandaran hampir empat tahun tapi rasanya menjadi guru yang terlatih adalah peluang yang sangat berharga. Berharga untuk masa depan aku dan anak2, berharga untuk mengembalikan maruah dan harga diriku, berharga untuk merealisasikan impian dan cita-cita2 kusejak kecil. Terima Kasih Allah.
Terpilih untuk mengikuti kursus sebagai guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di IPG Kampus Raja Melewar sekali lagi mencabar diriku. Bukan sahaja rasanya tak sesuai dari segi umur tetapi juga dari segi fizikal. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Kuterima dengan redha. Bersyukur juga punya rakan-rakan seperjuangan yang sangat memahami dan sama senasib dengan ku dari cabaran minggu Orientasi, keperitan semesta pertama, kesengsaran sem 2 menghadapi PL,kuiz, UAK, dan final exam, semuanya kita lalui bersama2. Kawan-kawan, pensyarah2 banyak membantu dan sangat memahami terutama Puan Suraya, Puan Azlina, Puan Raja, Puan Zairinah,En.Fairuz dll. Terima kasih atas bimbingan dan ilmu yang dicurahkan.
Kenangan semasa minggu Orientasi.
Ceria bersama-masih di minggu orientasi.
Ada gaya cikgu PJ tak? hehe
Like purple...
Pegawai sukan juga untuk penilaian.
Kenangan di astaka.
Pentauliahan KRS di Tioman
Penilaian Gimrama-Kenangan yang tak mungkin dilupa sampai bila2.