KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Di manakah kesilapan penutupan
aurat wanita hari ini ?.
...Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan
pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebaya terbelah
kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu
memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan
menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.
Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka
terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh
diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah
tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya
adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)










