warna-warni kehidupan

warna-warni kehidupan

Monday, 30 May 2011

Sedihnya, bila kekurangan diri dijadikan bahan senda gurau...

Tiada seorang pun minta dilahirkan ke dunia dengan serba kekurangan... satu kekurangan pun kalau boleh kita tak mahu...Tapi siapa la kita untuk menentukannya.
Malangnya ada manusia yg tanpa sedikit perasaan menjadikan kekurangan dan kelemahan orang lain sebagai bahan jenaka... Pelbagai perkataan pedih digunakan untuk meyakiti hati orang lain tanpa memikirkan kesannya.Bagi yg tidak mengalami tentu tak merasa apa2...tapi bagi yg mengalaminya tentu  , pedih,malu,sakit hati dan berasa sangat rendah diri...
Apapun bagi yang selalu menghina sesama manusia tu bawak2 la insaf yea, kita di atas dunia ini bukannya lama. Hidup kita  bukan untuk menongkat dunia. Hidup di dunia hanyalah sementara.

Namun begitu harus diingat 'Hidup yang indah bukanlah hidup yang tanpa rintangan dan cabaran. Hidup yang indah bukanlah hidup tanpa cubaan dan ujian.Tetapi sesungguhnya hidup yang indah adalah hidup yang dibumbui rintangan,cubaan,ujian dan kita mampu mengatasinya sehingga terciptanya kebahagiaan'-dipetik dari novel Dalam Mihrab Cinta (The Romance) karya  Habiburrahman El Shirazy.

Sunday, 29 May 2011

Ingin semulia Khadijah...

Tak kisah walau diri tak secantik Zulaikha...asalkan diri semulia Khadijah.
Tak risau walau diri tak sekaya Qarun asal hati seteguh Asiah setabah Mashitah...
Sejenak ku tersedar aku hanya lah insan biasa, lemah & serba kekurangan.
Hanya pada Mu-Ya Allah tempat ku mengadu, tempat ku meminta.
Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidupku,Mudah dan murahkanlah rezekiku.
Bahagiakanlah hidupku,senangkanlah hidupku.
Anugerahkanlah aku anak2 yg soleh dan solehah, kesihatan yg baik,umur yg bermanafaat. Amin...

Saturday, 28 May 2011

Hobiku..

Bila anak2 dh besar ni boleh la aku memberi ruang dan masa untuk diriku sendiri. Antaranya dapat la melakukan hobi yang dh lama ku tinggalkan lantaran kesibukan menguruskan anak2.ceh!. Hobi membaca novel,bagi org yg tak meminatinya akan kata tak de faedah,buang masa. Tp bagiku membaca novel memberi aku pengalaman,semangat dan menginsafkan. Sekarang ni bila dh masuk peringkat umur 30-an ni tema novel yg aku baca biasanya lebih berat dan aku lebih banyak membaca novel islamik. Novel2 yg telah berjaya aku baca semenjak 2 menjak ni ialah...Salju sakinah,Takbir2 Cinta, Ayat2 cinta dan Tautan hati.

Dalam2 banyak novel Salju Sakinah lah novel yang paling best..5 bintang aku bagi.
Seiring dengan kepesatan perkembangan & kecanggihan teknologi, aku juga ada hobi baru, berinternet-facebook dan kini ada blogs sendiri Serikandimaya.Yeah!. Ini lah laptop yang berjaya kumiliki.


Ke Teluk Sentang baru ni, jumpa lagi dua buah novel lama yg rasanya aku belum baca 'Cinta tiada akhirnya' dan 'Dia dihati'. Kalau dh baca pn  dh tak ingat langsung ceritanya. Dh 3 hari bawak balik tp belum sempat memulakan pembacaan.


Masak,memasak


Hari ini aku masak Ayam goreng tepung kegemaran anak2ku dan Tom Yam campur. Cuti sekolah ni boleh la mempraktikan amalan air tangan ibu..













































Yang paling sukar ialah memulakan sesuatu..

Hari ini aku belajar sesuatu yang baru..create blogs haha...Dah lama nk cuba. Semoga cuti sekolah ni aku dapat sesuatu yg baru dan bermanafaat.
Sepanjang minggu ni pun di sekolah terlalu banyak perkara yang terjadi, banyak juga boleh dijadikan pegajaran antaranya jgn suka menyibuk hal org lain dan jgn menjadi gunting dalam lipatan. Sangat bahaya.
Aku juga belajar  bahawa rupa yang cantik belum tentu hatinya juga cantik. Mungkin ada hikmahnya aku tak cantik,menarik. Sesungguhnya kecantikan itu satu dugaan sebenarnya,bukan hanya satu kelebihan..ingat lah wahai teman2ku.
Sukarnya memulakan sesuatu...memulakan tanda kertas periksa pelajar. Sejarah form 1& 2. Cuti dan bermula,semoga kemalasan ini tak berlarutan.

Friday, 27 May 2011

Wanita ...sumber ilham selalu

Wanita hadirmu menyempurnakan kehidupan.. Bolehkah lelaki hidup tanpa wanita? Anak2 hidup tanpa ibu? Berserikah rumah tanpa hadirnya wanita.. Begitu tingginya pengorbanan wanita, begitu besarnya jasa wanita. Bermula dari dalam kandungan lagi,dari tapak kaki sebesar dua jari,di alam kanak2,jatuh bangun,membesar,belajar dan sehingga mati pun wanita tetap hadir..syurga di bawah tapak kaki ibu..
Tetapi wanita jarang2 dihargai, wanita dipandang,dinilai dr kecantikan,lenggok tubuhnya,dieksplotasi segala kelebihannya.
Hargai lah wanita biar pun dia tak secantik yang kita bayangkan...Walaupun kulitnya ,tubuhnya tak seperti yg kita idamkan.

Sekurang-kurangnya sebagai manusia kita harus belajar bersyukur, kerana kita juga adalah manusia biasa yang serba kekurangan. Sempurnakah kita? Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Sebenarnya bukan kecantikan ukuran kebahagiaan seseorang. Jelasnya dalam senario hari ini betapa ramai wanita cantik jelita tetapi hidupnya tetap tak bahagia. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Paling baik apabila kita dapat menjadikan kekurangan kita itu satu kelebihan.

Cuti Sekolah dh bermula yeah!

Masa yg aku tunggu2 akhirnya tiba jua. Cuti...walau hakikatnya terlalu banyak kerja yg perlu dibereskan tp dapat lari dr kesibukan tugas rasmi suatu yg sgt dinantikan. Terlalu banyak kerja2 surirumah yg perlu aku bereskan! aku juga harus memantau pelajaran anak2ku, yg tak sempat aku pedulikan masa hr bekerja.
Menyebut pasal anak2 aku sangat risau sebenarnya, cabaran membesarkan dan mendidik anak2 pada masa sekarang sgt besar. Rasanya sgt berbeza dr zaman kanak2ku dulu. Faktor persekitaran,makanan, pengaruh media massa, kwn2 sangat mempengaruhi anak2 skrg.
Kadang2 terasa diri tidak mampu menjadi ibu mithali. Tetapi aku akan cuba sedaya dan semampuku untuk menjadi ibu yang terbaik.Insaallah..