Wanita hadirmu menyempurnakan kehidupan.. Bolehkah lelaki hidup tanpa wanita? Anak2 hidup tanpa ibu? Berserikah rumah tanpa hadirnya wanita.. Begitu tingginya pengorbanan wanita, begitu besarnya jasa wanita. Bermula dari dalam kandungan lagi,dari tapak kaki sebesar dua jari,di alam kanak2,jatuh bangun,membesar,belajar dan sehingga mati pun wanita tetap hadir..syurga di bawah tapak kaki ibu..
Tetapi wanita jarang2 dihargai, wanita dipandang,dinilai dr kecantikan,lenggok tubuhnya,dieksplotasi segala kelebihannya.
Hargai lah wanita biar pun dia tak secantik yang kita bayangkan...Walaupun kulitnya ,tubuhnya tak seperti yg kita idamkan.
Sekurang-kurangnya sebagai manusia kita harus belajar bersyukur, kerana kita juga adalah manusia biasa yang serba kekurangan. Sempurnakah kita? Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Sebenarnya bukan kecantikan ukuran kebahagiaan seseorang. Jelasnya dalam senario hari ini betapa ramai wanita cantik jelita tetapi hidupnya tetap tak bahagia. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Paling baik apabila kita dapat menjadikan kekurangan kita itu satu kelebihan.